Saturday, October 17, 2009

YANG BERCAKAP TU LAGI KUAT BODEK

'Pilih calon yang boleh menang, bukan jual publisiti'

KUALA LUMPUR: Perwakilan Umno disarankan memilih calon yang mampu memberikan kemenangan kepada parti dan bukannya yang suka menjual publisiti.

“Kalau nak menang, pilih calon yang boleh menang dan bukannya asyik ‘bubuh’ calon yang nak glamor saja, yang asyik ‘acap’ masuk TV saja.

“Bertanding saja, rakyat nak tengok muka dalam kawasan. Bukannya muka dalam TV atau surat khabar saja. Jasad dalam kawasan tak nampak kelibat, macam mana kita nak menang..,” kata Ketua Umno Bahagian Tumpat, Datuk Noor Zahidi Omar yang mewakili Umno Kelantan, dalam sesi perbahasan Usul Ucapan Dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung Umno 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

“Misalnya, ada yang memberitahu ‘temui saya di TV9, Astro Awani’. Jadi, saya nak mintalah supaya kita tak buat perkara seperti ini dan apa yang penting kita menerajui kementerian.

“Kita buat apa yang Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) sarankan. Kita perlu jadi kreatif dan inovatif,” ujarnya lagi.

Noor Zahidi juga mencadangkan supaya nilai-nilai demokrasi dapat diterapkan dalam setiap ahli Umno yang hendak bertanding.

Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan Perdana Menteri supaya berhati-hati dengan ‘kaki bodek’.

“Saya minta dengan Presiden supaya dapat mengkaji dengan lebih mendalam tentang syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Saya lihat di televisyen sebelum raya, banyak GLC yang pergi ke kawasan Perdana Menteri hulur zakat punya banyak.

“Saya fikir, takkan ramai sangat orang miskin di kawasan Perdana Menteri? Jadi saya fikir GLC ni kerja dia ‘bodek’ Perdana Menteri sahaja.

tajuk diatas sepatutnya begini:

"Pilih calon yang RASUAH , tolak yang tidak meRASUAH"

No comments:

Post a Comment

TEMAN SINGGAH

YANG DATANG