Wednesday, November 11, 2009

anak ke Syurga, emak bapak belum tau !!!!!

Penduduk kampung Budiman, Batu Buruk di sini gempar dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki di dalam Surau Budiman petang ini.

Mayat bayi yang masih bertali pusat itu dijumpai oleh Mohamed Embong, 60, bilal surau berkenaan yang datang ke surau pada kirakira pukul 4.10 petang untuk azan dan menunaikan solat asar.

Katanya semasa beliau membuka pintu surau, beliau ternampak satu benda yang kelihatan seperti anak patung dibungkus dengan sehelai tuala yang diletakkan di di tengah dewan pelbagai guna surau itu.

"Setelah diperiksa saya terkejut mendapati benda yang disangkakan anak patung itu adalah mayat seorang bayi lelaki," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Mohamed berkata beliau yakin mayat bayi itu diletakkan di situ selepas waktu Zohor kerana semasa beliau datang untuk mengerjakan solat Zohor dewan itu masih kosong.

Katanya beliau kemudiannya terus menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mhd Khani Mhd Biku memaklumkan mengenai penemuan mayat bayi itu.

Mhd Khani, 57, ketika ditemui berkata beliau beliau berada di pusat Dewan Undangan Batu Buruk tidak jauh dari surau berkenaan semasa dihubungi oleh bilal surau yang memaklumkannya mengenai penemuan mayat bayi itu.

"Saya kemudiannya terus menghubungi polis," katanya. BERNAMA

No comments:

Post a Comment

TEMAN SINGGAH

YANG DATANG