Monday, November 30, 2009

SULTAN PERAK DIGURIS...?

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terbabit mengguris gambar Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di bangunan Perak Turf Club di Ipoh dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata lelaki berusia 40 tahun itu ditahan hasil maklumat daripada pengawal keselamatan di kelab tersebut selepas menyedari kejadian itu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam dan lelaki berkenaan ditahan di rumahnya di Ipoh dua jam kemudian, katanya ketika dihubungi hari ini.

Azisman berkata lelaki itu ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan bawah Seksyen 425 iaitu khianat merosakkan harta awam.

"Kita belum mengetahui motif perbuatan lelaki itu mengguris dan merosakkan gambar Sultan dan ketika kejadian lelaki itu baru keluar dari kelab karaoke dan mabuk," katanya. BERNAMA

No comments:

Post a Comment

TEMAN SINGGAH

YANG DATANG