Tuesday, December 1, 2009

pelacur itali




Patrizia D'Addario.

SEORANG pelacur bernama Patrizia D'Addario, mendakwa dirinya tertipu dengan seorang ahli politik dan ahli perniagaan yang terkenal di Itali, Silvio Berlusconi.

Patrizia mendakwa dirinya dikhianati oleh Silvio dan berasa takut kerana pernah menerima ugutan malah rumahnya juga diselongkar pada minggu lepas.

Selain itu, Patrizia yang telah menjual hak memoirnya pada bulan lepas juga mendakwa pernah diugut pada awal tahun ini kerana menyimpan rakaman video seks bersama Berlusconi.

Menurut sebuah majalah luar negara, Patrizia pernah bercerita mengenai hubungan intimnya di rumah Berlusconi di Rome.

Tetapi, Silvio pula mendakwa telah menjadi mangsa Patrizia dan menafikan cerita skandal dan cerita tersebut.

Sementara itu, Patrizia mendakwa dia menyerahkan dirinya kepada Silvio dengan harapan pemimpin politik itu akan membantunya membuka sebuah rumah penginapan di Selatan Itali, tempat dimana Patriza membesar. Walaubagaimanapun Patrizia tidak menerima apa-apa dari Silvio.

“Silvio tidak membayar saya apa-apa. Dia tidak sepatutnya memberikan saya wang, tetapi telah berjanji kepada saya sesuatu.

"Saya memberikan Silvio diri saya tetapi tidak mendapat apa-apa sebagai balasan,” tulis Patrizia dalam bukunya.

Patrizia juga menulis bagaimana kerajaan Itali telah menghalang kesemua usahanya untuk membuka rumah penginapan itu.

Sementara itu, bekas isteri Silvio, Veronica Lario,73, telah bercerai dengan Silvio pada musim bunga lepas. Sikap Silvio yang tergila-gilakan wanita muda adalah punca mereka berpisah.

Menurut sebuah akhbar luar negara, dalam rakaman yang direkodkan oleh Patrizia, kedengaran suara seorang lelaki yang dikenal pasti sebagai suara Silvio. Suara itu menyuruh seorang lagi perempuan untuk menunggunya di atas katil sementara Silvio tengah mandi.

Dalam memoir Patrizia pula, dia mendakwa pernah melalui zaman kanak-kanak yang malang. Dia juga mengakui tindakan merekodkan hubungan intimnya bersama Silvio adalah punca dia menerima ugutan ini termasuk kejadian rumahnya diselongkar.

“Mereka telah mengambil semuanya. Mereka hanya meninggalkan sebuah televisyen mahal.

“Sekarang saya amat takut dan telah melaporkan kejadian ini kepada polis,” ujar Patrizia.

No comments:

Post a Comment

TEMAN SINGGAH

YANG DATANG