Mohd Ibrahim, 27, dilapor disebat di penjara Kajang pada 26 Nov 2009 – sehari sebelum umat Islam meraikan Aidil Adha.
Dia kemudiannya mengemukakan rayuan pada Oktober tetapi baru-baru ini, peguamnya Renuka Bala berkata anak guamnya telah disebat.
Renuka melahirkan rasa kecewa kerana tindakan diambil sebelum rayuannya itu didengar.
“Ini jelas melanggar peraturan. Ia menjadikan proses rayuan tidak lagi berfungsi. Pihak penjara perlu dipertanggungjawabkan,” katanya.
Menurut Renuka, Ibrahim dikenakan tiga sebatan dan perkara itu dimaklumkan kepada beliau pada Isnin lalu.
Mahkamah Jenayah, hari ini menetapkan 22 Feb bagi mendengar rayuan Ibrahim.mkini
No comments:
Post a Comment