Saturday, January 9, 2010

MENTERI UMNO PERLU TANGGUNGJAWAB !!!!!

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menasihati orang ramai jangan terpengaruh berita liar yang tersebar di internet dan penyebaran sms kononnya berlaku kekacauan di Bangsar dan mungkin merebak di tempat-tempat lain ekoran kejadian bakar gereja.

Dalam sidang akhbar tergempar di Bukit Aman, petang Jumaat, beliau juga menasihatkan orang ramai supaya jangan mengambil tindakan bersandarkan khabar angin dan berita palsu bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.

“Berita palsu SMS ini kalau disensasikan boleh menimbulkan sesuatu yang tidak diingini. Apabila ia sudah menjadi sensasi, susah kita nak kawal dan pada ketika itu sudah terlewat. Sejak berita tiga buah gereja dilemparkan bom molokov, polis menerima banyak SMS yang tidak munasabah dan tak masuk akal,” katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang turut hadir dalam sidang akhbar berkenaan, turut menasihatkan orangramai supaya mendapatkan pengesahan ataupun melaporkan kepada polis bukannya turut menyebarkan SMS.

Beliau sendiri menerima SMS yang kononnya berlaku kekacauan di Bangsar dan ia dijangka berlarutan ke Shah Alam.

SMS dalam Bahasa Inggeris itu bermaksud, “sila buangkan segala hiasan atau lambang agama daripada kereta anda. Mereka sedang memecahkan kereta yang mempunyai lambang-lambang itu dan protes sedang berlaku di Bangsar. Ia akan berlarut hingga ke Shah Alam.” SMS itu diterimanya pada 4.34 petang.

Musa berkata polis sedang menyiasat pihak yang menyebarkan SMS itu.

“Pihak yang bertanggungjawab akan didakwa kerana SMS seperti ini boleh menyebabkan orang jadi takut dan menimbulkan ketegangan. Jangan bermain dengan emosi rakyat dan jangan mempolitikkan isu ini,” katanya.

Hishammuddin berkata kementeriannya dan polis berasa lega apabila demonstrasi aman yang dibuat di beberapa masjid tidak menimbulkan sebarang kejadian tidak diingini dan diadakan antara 15 hingga 30 minit sahaja.

“Daripada laporan yang diterima, semua demonstrasi itu terhad di kawasan masjid dan apabila diminta bersurai, mereka akur dengan polis,” kata Hishammuddin.

Demonstrasi membantah penggunaan perkataan Allah dibuat di dua tempat di Selangor , dua di Kuala Lumpur, dua di Pahang dan satu di Terengganu.

No comments:

Post a Comment

TEMAN SINGGAH

YANG DATANG