Saturday, January 9, 2010

penolong jurulatih maut dibunuh/keeper cedera

Penjaga gol kebangsaan Togo memberitahu radio Perancis angka korban serangan terhadap bas yang membawa pasukan bola sepak negara itu di Angola meningkat kepada tiga.

Kossi Agassa yang bermain untuk kelab Perancis Istres memberitahu radio France-Info menerusi telefon bahawa pembantu jurulatih dan seorang jurucakap turut terbunuh.

Agassa berkata, penjaga gol kedua pasukannya turut cedera parah dan dikejarkan ke Afrika Selatan untuk rawatan.

No comments:

Post a Comment

TEMAN SINGGAH

YANG DATANG