Thursday, January 21, 2010

potong tak pe, minta haram...

Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pernah melabelkan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sebagai tidak bermoral apabila kesatuan tersebut meminta bonus 2 bulan gaji untuk kakitangan awam tahun lalu.

Kini, kerajaan satu demi satu memotong perbelanjaan mereka dan secar langsung menyusahkan hidup rakyat di negara ini seperti mengurangkan subsidi minyak dan gula.

Begitu juga dengan ura-ura terbaru kerajaan ingin menghapuskan elaun kos sara hidup (cola).

Cukup menghairankan apabila gerombolan Umno dan BN masih mencanangkan bahawa keadaan ekonomi negara masih kukuh tetapi kehidupan rakyat semakin melarat akibat polisi kerajaan yang semakin menekan rakyat.

Oleh itu, sebagai rakyat yang boleh berfikir secara waras, kita sekarang dapat menilai sendiri siapa sebenarnya yang tidak bermoral dikala kehidupan rakyat semakin tertekan tetapi pemimpin negara hidup bermewah-mewah ….


Hapus Cola jejas pretasi sektor awam: Cuepacs


SHAH ALAM – Ura-ura kerajaan mahu menghapuskan elaun kos sara hidup (Cola) bagi menjimatkan perbelanjaan negara, dilihat memberikan impak besar kepada kakitangan awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata, pelaksanaanya kelak akan menjejaskan sara hidup sektor awam yang kini dihimpit dengan ekonomi yang tidak menentu.

Katanya, beliau bimbang kemungkinan tindakan itu menjejaskan prestasi kerja kakitangan awam.

“Penghapusan elaun Cola merupakan tindakan paling tidak wajar untuk dilaksanakan jika benar apa yang diperkatakan.

“Langkah ini perlu dipertimbangkan dengan mendalam. Sejajar dengan perkembangan ekonomi semasa yang tidak mengizinkan, akan menambahkan lagi beban ke atas hidup kakitangan awam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas desas desus di internet melaporkan penghapusan elaun Cola akan dilaksanakan pada 2010, sebagai langkah menjimatkan perbelanjaan negara.

Omar berkata, sewaktu ekonomi negara dilanda kegawatan pada 1998, kerajaan tidak mengambil langkah memotong elaun Cola sebagai salah satu alternatif untuk berjimat.

Menurutnya, langkah ini sekiranya dilaksanakan pastinya mendapat reaksi yang pelbagai daripada kakitangan awam.

“Oleh itu, sebagai jalan terbaik, kerajaan perlu meneliti dan mengkaji rasionalnya atau mengambil langkah lain dalam menjimatkan perbelanjaan negara,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TEMAN SINGGAH

YANG DATANG