Friday, April 2, 2010

pak sedara duyung selamat dikebumikan







Jenazah pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, selamat dikebumikan pukul 10.40 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Taman Ehsan hari ini.

Takziah buat keluarga Pak Mior....

Monday, March 29, 2010

yang ini tak salak pulak ke ????

Peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini didakwa sebagai 'tidak jujur' dan tidak telus dalam tugasnya mendakwa ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kes liwat.

Peguam Anwar, Sankara Nair dalam satu kenyataan medianya mempersoalkan mengapa tidak ada tindakan diambil ke atas seorang bekas menteri kesihatan yang telah mengaku terbabit dalam seks oral.

Sankara tidak menamakan pemimpin BN itu tetapi menamakan beliau sebagai pemimpin yang baru memenangi jawatan presiden partinya itu.

DVD membabitkan bekas menteri kesihatan itu tersebar sejak dua tahun lalu. Ia menunjukkan beliau mengadakan perhubungan seks di luar tabie dengan seorang wanita. Dia juga telah mengakui bahawa dia adalah watak utama dalam video itu.

“Malah, seks oral sama ada dengan atau tanpa kerelaaan tidak ada bezanya dengan seks melalui dubur dan ia dengan jelas boleh didakwa menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang mana Anwar kini didakwa.”

Sankara ju
ga berkata beberapa laporan juga telah dibuat ke atas pemimpin itu tetapi peguam negara memilih untuk tidak bertindak.

“Ini adalah diskriminasi dalam bentuk yang paling tinggi dan bukti jelas bahawa AG adalah berat sebelah. Justeru, saya menggesa AG agar menggugurkan dakwaan yang dikenakan ke atas Anwar.”

Sankara juga menambah:“AG dikehendaki oleh undang-undang menurut Artikel 8, Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa semua orang adalah setaraf di bawah undang-undang dan berhak mendapat perlindungan.”

Monday, March 22, 2010

selamat dikebumikan....yanie

Siti Suriane Julkarim atau dikenali sebagai Yanie disahkan meninggal dunia pada pukul 1.15 tengah hari semalam akibat ketumbuhan paru-paru di Hospital Keningau, Sabah.

Ketika dihubungi, suaminya Irfin Abdul Manan, Allahyarhamah Yanie menderita sakit tersebut sejak dikesan pada Disember 2009 dan dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan rapi pada Februari lalu.

"Pada Disember Yanie sudah mula sakit dan apabila kami buat pemeriksaan di hospital, dia disahkan mempunyai ketumbuhan di bahagian paru-paru.

"Namun arwah tenat sejak bulan Februari. Dia hanya terlantar tidak bercakap dan tidak lalu untuk makan," jelasnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Irfan turut menyampaikan pesanan arwah isterinya sebelum menghembuskan nafas terakhir iaitu meminta maaf kepada semua ahli keluarga, rakan-rakan artis dan pihak media serta pengurusnya.

"Sebelum arwah benar-benar nazak dia menyampaikan pesanan agar dimaafkan segala perbuatannya yang menyinggung mana-mana pihak, iaitu kepada keluarga, rakan-rakan artis, pihak media dan bekas pengurusnya yang selama ini menyokong kerjaya sebagai artis," ujarnya penuh hiba.

Jenazah Yanie telah selamat dikebumikan pada pukul 12.00 tengah hari tadi di Tanah Perkuburan Islam Likas, Sabah.

Arwahyarhamah Yanie yang merupakan pemenang tempat ke-3 musim pertama Mentor telah berkahwin pada November 2007 dengan Irfin Abdul Manan dan meninggalkan seorang anak bernama Iris Sofea Irfin berusia 2 tahun.

Thursday, March 18, 2010

sultan perak lantik raja-raja bergelar

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah memperkenankan kenaikan pangkat gelaran dan pelantikan baru Raja-Raja Bergelar dan Ahli Dewan Negara Perak.

Datuk Seri Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah dinaikkan pangkat gelaran daripada Raja Kechil Tengah Perak kepada Raja Kechil Besar Perak.

"Gelaran yang disandangnya sebelum ini diganti oleh Raja Kechil Tengah Perak, Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah," demikian diumumkan Setiausaha Dewan Negara Perak, Datuk Ayob Hashim dalam satu kenyataan di Ipoh, hari ini.

Sultan Perak juga berkenan membuat pelantikan Raja Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Ashman Shah sebagai Raja Kechil Tengah Perak yang baru.

"Semua pelantikan berkuatkuasa 16 Mac 2010," kata Ayob.

Beliau berkata, dua ahli baru Dewan Negara Perak yang dilantik bagi penggal dua tahun mulai 17 Mac 2010 ialah Datuk Seri Dr Jalaluddin Abdul Rahim dan Datuk Seri Ismail Shahudin.

Seramai 10 ahli lain yang dilantik semula ialah Tan Sri Raja Aznam Raja Ahmad, Datuk Yusof Sulaiman, Tan Sri Darshan Singh, Datuk Ismail Shah Bodin, Datuk Abdul Karim Mohd Jamil, Datuk Seri Dr Abdul Shukor Abdullah, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini, Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin, Datuk Zubairi Tajuddin dan Datuk Seri Raja Mansur Raja Razman.


Monday, March 15, 2010

lagi buang anak...

KLANG: Kes pembuangan bayi dilaporkan apabila ia berlaku berhampiran surau sebuah stesen minyak di Bandar Bukit Tinggi, di sini.

Mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan itu ditemui di dalam plastik sampah yang ditinggalkan di atas rumput di situ kira-kira 6.30 pagi.

"Bayi yang berkulit cerah itu ditemui dibalut dengan tuala dan dimasukkan ke dalam beg plastik sampah. Bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam berdasarkan keadaan tali pusatnya yang masih berdarah. "Mangsa dipercayai meninggal dunia sebelum dibuang kerana badan mangsa dibersihkan. Tiada kesan kecederaan ditemui pada mangsa," kata Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop.

Beliau berkata, mayat bayi berkenaan ditemui oleh seorang pekerja stesen minyak tersebut sebelum memaklumkannya kepada polis.

Kini, mayat bayi itu berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. - Bernama

Sunday, March 14, 2010

saya tak percaya...!!

Aktres veteran popular, Azean Irdawaty tidak percaya bahawa anaknya, pelakon terkenal Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin terlibat dengan sindiket pengedaran dadah.

"Yang Kak Yan tak faham macam mana dia (Benjy) ditangkap di rumahnya di Segambut tetapi kemudian dibawa ke sebuah rumah di Kepong di mana ada bahan-bahan yang dikatakan makmal mini memproses dadah," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada mStar Online di sini semalam.

Portal berita dalam talian dan akhbar semalam menyiarkan laporan tentang seorang pelakon popular yang pernah memenangi anugerah pelakon terbaik dan juga anak kepada aktres veteran terkenal kini ditahan reman kerana disyaki memiliki 850 gram kokain dan 1.4 gram syabu dengan nilai rampasan bernilai RM650,000.

Aktor berusia 31 tahun itu ditahan di kondominium mewahnya di Jalan Segambut pada Khamis.

Dalam serbuan tersebut, polis menemui makmal memproses dan membungkus dadah.

Pelakon itu dicekup bersama teman wanitanya berusia 24 tahun di tempat meletak kereta di kondominium tersebut pada pukul 2.30 pagi Khamis setelah polis mendapat maklumat daripada orang ramai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang ketika dihubungi berkata, pelakon itu ditahan reman selama tujuh hari mulai Jumaat di Balai Polis Bukit Jalil bersama teman wanitanya.

Difahamkan pelakon tersebut sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 4 tahun dan kekasihnya itu, telah disahkan positif methamphetamine ketika melakukan ujian air kencing.

Artis tersebut mungkin akan berhadapan hukuman gantung mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.

Dalam pada itu, Azean, 60, mendakwa, anaknya sering kehabisan wang dan kerap meminta pertolongan daripadanya jika menghadapi masalah kewangan.

“Masalahnya, Benjy selalu pokai dan kerap minta tolong dengan saya walau untuk bayar duit rumahnya atau duit belanja untuk ke pasar,” ujarnya.

Tambah pelakon filem Talentime, Waris Jari Hantu, Anak Mami Kembali dan Baginda itu, dia pelik bagaimana akhbar boleh menyatakan anaknya itu mampu menjual dadah terbabit sehingga beratus-ratus ribu ringgit nilainya.

Dia juga mempersoalkan penglibatan anak lelaki tunggalnya itu, sedangkan mengikut maklumat yang diketahui, mereka yang mengambil bahan-bahan terlarang itu fizikalnya kurus dan hiperaktif.

“Macam mana surat khabar kata dia boleh jual sampai beratus-ratus ribu. Kereta pun dia tak ada.

“Lagipun Kak Yan Google (di Internet) orang kalau ambil benda itu kurus dan hiperaktif sedangkan Benjy gemuk, suka tidur. Selain itu, dia sering menghabiskan masa di kolam pancing pagi, petang, siang dan malam,” katanya.

tahniah datuk seri daripada ikan dilaut , duyung di darat

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan keangkuhannya apabila sanggup melantik syarikat milik Yahudi untuk menasihati beliau dan isteri atas urusan-urusan negara, termasuk mereka slogan-slogan seperti Satu Malaysia.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata wujud wujud bukti jelas Syarikat APCO yang pernah menjadi penasihat kepada kerajaan Israel, kini dibayar sehingga 60 juta ringgit, untuk menasihati Najib dan kerajaan pimpinannya.

Anwar berkata tindakan pemimpin-pemimpin umno menggunakan khidmat syarikat atau perunding Yahudi bukanlah perkara baru kerana pernah dilakukan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri.

"Orang kata "Anwar, mereka keji kamu, mereka fitnah kamu, mengapa kamu fitnah balik?". Tidak, saya tidak akan sebut kalau saya tidak ada bukti," kata Anwar.

"Datuk Seri Najib lantik syarikat Yahudi bernama APCO. Saudara-saudari boleh layar internet dan selidik apa dan siapa APCO ini - sebuah syarikat perunding Yahudi. Siapa penasihat utamanya kalau bukan bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat dan bekas Duta Israel ke Jerman," tambah beliau.


"Untuk menjadi Duta Israel ke Amerika Syarikat dan Jerman, haruslah menjadi Zionis yang keras. Orang-orang seperti inilah yang mengasaskan APCO, yang antara peranannya adalah menasihatkan diktator, pemimpin-pemimpin dan pandangan kelompok Yahudi," tegas beliau.

Datuk Seri Anwar berucap kepada ribuan orang di Dewan Che yang Khor, pangkalan Assam kangar Perlis.

Beliau seterusnya menjelaskan bagaimana APCO menjual idea yang telah di guna pakai di Israel untuk memulakan program 1Malaysia tajaan Najib Razak.

"Antara yang dinasihati APCO ini adalah Perdana Menteri Israel, Ehud Barak. Apa nasihat mereka kepada beliau pada masa itu? Mereka nasihatkan Ehud Barak supaya perkenalkan slogan Satu Israel," jelas Anwar.

"Tahun 2009, Najib lantik APCO sebagai penasihat. Nasihat yang sama juga diberikan kepada Najib. Ehud Barak kata Satu Israel, Najib kata Satu Malaysia. Berapa belanjanya? RM60 juta ringgit," tambah lagi.

Anwar berkata tindakan Najib menggunakan APCO menjatuhkan kredibiliti Malaysia sebagai Negara Islam.

"Saudara, keangkuhan Umno sudah sampai kepada kemuncaknya. Berani sungguh sebuah negara Islam lantik APCO seabgai penasihatnya. Seteruk-teruk negara Islam lain, tidak pernah yang sampai ke tahap ini. Umno sanggup, kerana mereka ingat orang Melayu boleh diperbodohkan," kata Anwar.

"Mudah-mudahan Allah SWT memberi kekuatan kepada kita," katanya lagi.

Pada ceramah ini Datuk Seri Anwar juga menggesa rakyat supaya waspada terhadap cubaan berterusan Umno untuk meniupkan sentimen perkauman dalam usaha meraih sokongan orang Melayu

"Mereka turun ke bawah tuding jari mereka kata orang itu Yahudi, orang ini Cina, orang ini khianat Melayu walhal penasihat mereka APCO," kata Anwar.

"Dahulu Mahathir bayar taukey judi Yahudi sebab mahu berbaik dengan Presiden George Bush, sekarang APCO buka pejabat di Kuala Lumpur dan bergiat sebagai penasihat kepada Najib dan Rosmah,





TEMAN SINGGAH

YANG DATANG