


Jenazah pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, selamat dikebumikan pukul 10.40 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Taman Ehsan hari ini.
Takziah buat keluarga Pak Mior....
Siti Suriane Julkarim atau dikenali sebagai Yanie disahkan meninggal dunia pada pukul 1.15 tengah hari semalam akibat ketumbuhan paru-paru di Hospital Keningau, Sabah.
Ketika dihubungi, suaminya Irfin Abdul Manan, Allahyarhamah Yanie menderita sakit tersebut sejak dikesan pada Disember 2009 dan dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan rapi pada Februari lalu.
"Pada Disember Yanie sudah mula sakit dan apabila kami buat pemeriksaan di hospital, dia disahkan mempunyai ketumbuhan di bahagian paru-paru.
"Namun arwah tenat sejak bulan Februari. Dia hanya terlantar tidak bercakap dan tidak lalu untuk makan," jelasnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Irfan turut menyampaikan pesanan arwah isterinya sebelum menghembuskan nafas terakhir iaitu meminta maaf kepada semua ahli keluarga, rakan-rakan artis dan pihak media serta pengurusnya.
"Sebelum arwah benar-benar nazak dia menyampaikan pesanan agar dimaafkan segala perbuatannya yang menyinggung mana-mana pihak, iaitu kepada keluarga, rakan-rakan artis, pihak media dan bekas pengurusnya yang selama ini menyokong kerjaya sebagai artis," ujarnya penuh hiba.
Jenazah Yanie telah selamat dikebumikan pada pukul 12.00 tengah hari tadi di Tanah Perkuburan Islam Likas, Sabah.
Arwahyarhamah Yanie yang merupakan pemenang tempat ke-3 musim pertama Mentor telah berkahwin pada November 2007 dengan Irfin Abdul Manan dan meninggalkan seorang anak bernama Iris Sofea Irfin berusia 2 tahun.
"Yang Kak Yan tak faham macam mana dia (Benjy) ditangkap di rumahnya di Segambut tetapi kemudian dibawa ke sebuah rumah di Kepong di mana ada bahan-bahan yang dikatakan makmal mini memproses dadah," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada mStar Online di sini semalam.
Portal berita dalam talian dan akhbar semalam menyiarkan laporan tentang seorang pelakon popular yang pernah memenangi anugerah pelakon terbaik dan juga anak kepada aktres veteran terkenal kini ditahan reman kerana disyaki memiliki 850 gram kokain dan 1.4 gram syabu dengan nilai rampasan bernilai RM650,000.
Aktor berusia 31 tahun itu ditahan di kondominium mewahnya di Jalan Segambut pada Khamis.
Dalam serbuan tersebut, polis menemui makmal memproses dan membungkus dadah.
Pelakon itu dicekup bersama teman wanitanya berusia 24 tahun di tempat meletak kereta di kondominium tersebut pada pukul 2.30 pagi Khamis setelah polis mendapat maklumat daripada orang ramai.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang ketika dihubungi berkata, pelakon itu ditahan reman selama tujuh hari mulai Jumaat di Balai Polis Bukit Jalil bersama teman wanitanya.
Difahamkan pelakon tersebut sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 4 tahun dan kekasihnya itu, telah disahkan positif methamphetamine ketika melakukan ujian air kencing.
Artis tersebut mungkin akan berhadapan hukuman gantung mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.
Dalam pada itu, Azean, 60, mendakwa, anaknya sering kehabisan wang dan kerap meminta pertolongan daripadanya jika menghadapi masalah kewangan.
“Masalahnya, Benjy selalu pokai dan kerap minta tolong dengan saya walau untuk bayar duit rumahnya atau duit belanja untuk ke pasar,” ujarnya.
Tambah pelakon filem Talentime, Waris Jari Hantu, Anak Mami Kembali dan Baginda itu, dia pelik bagaimana akhbar boleh menyatakan anaknya itu mampu menjual dadah terbabit sehingga beratus-ratus ribu ringgit nilainya.
Dia juga mempersoalkan penglibatan anak lelaki tunggalnya itu, sedangkan mengikut maklumat yang diketahui, mereka yang mengambil bahan-bahan terlarang itu fizikalnya kurus dan hiperaktif.
“Macam mana surat khabar kata dia boleh jual sampai beratus-ratus ribu. Kereta pun dia tak ada.
“Lagipun Kak Yan Google (di Internet) orang kalau ambil benda itu kurus dan hiperaktif sedangkan Benjy gemuk, suka tidur. Selain itu, dia sering menghabiskan masa di kolam pancing pagi, petang, siang dan malam,” katanya.
Oleh HAMDAN RAJA ABDULLAH
MUAR: Tiga kanak-kanak cedera parah apabila seorang lelaki yang bersenjatakan tukul menyerbu masuk ke sebuah tadika di mana mereka sedang belajar pagi ini dan mengamuk lalu menghentak mereka di kepala.
Kanak-kanak berkenaan termasuk seorang perempuan - kesemuanya berusia enam tahun - sedang mengikuti kelas mereka di Tadika Sinario di Lorong Haji Ali berhampiran Jalan Junid di sini apabila seorang lelaki mengamuk menyerbu masuk ke dalam kelas lalu mencederakan mereka.
Ketiga-tiga mereka telah dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Aminah pada jam 10.20 pagi.
Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar kini sedang mengadakan sidang akhbar.
Menurut pengusaha tadika itu, Voon Siew Kuin, 45, penyerang itu yang memakai topi keledar, telah melompat pagar sekolah berkenaan dan menendang pintu gril tadika sebelum bertindak menyerang kanak-kanak malang berkenaan.
Kata Siew Kuin, sebelum lelaki itu bertindak ganas, dia sempat menghalang lelaki itu dan bertanya apa yang dia hendak tetapi lelaki itu dengan pantas menyembur serbuk lada ke mukanya sebelum melakukan serangan ke atas kanak-kanak berkenaan.
Dia kemudiannya menghentak dua orang kanak-kanak lelaki dan perempuan di kepala mereka sebelum berlari keluar ke arah sebuah motosikal lalu memecut meninggalkan tadika berkenaan.
Siew Kuin berkata, ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan mengalami pendarahan yang banyak dan berharap keadaan mereka stabil selepas dibawa ke hospital.
Pengusaha tadika itu juga berkata, ketika kejadian, terdapat lebih kurang 20 orang kanak-kanak di dalam tadika berkenaan. Sementara itu, kanak-kanak berkenaan, Vincent Tey, Alex Tan dan Nur Naddrah Nabilah Mohd Yusri telah menjalani rawatan kecemasan termasuklah imbasan di kepala untuk memastikan tidak ada sebarang kecederaan dalaman yang serius.
Bapa mangsa, Mohd Yusri Mukhlis ketika ditemui berkata, anaknya mengalami keretakan di tengkorak kepala dan gegaran tetapi bersyukur keadaannya stabil.
Pada mulanya kata Yusri, ada orang telah memaklumkan yang anaknya telah terbunuh dalam kejadian itu dan dia yang dalam keadaan panik telah menelefon isterinya, Farah Asyikin Abu Samah.
"Saya bukan sahaja terkejut tetapi sangat takut dan sedih apabila mendapat berita itu dan isterinya pula hampir pitam. Bagaimanapun sebaik sahaja tiba di hospital dan bertemu doktor saya dan isteri berasa lega dan bersyukur anak kami selamat," katanya lagi.bernama
OCPD Hulu Selangor, DSP Bakhtiar Rashid berkata, siasatan awal mendapati suspek utama yang kini sedang ditahan reman selama tujuh hari tidak bertindak sendirian malah sekurang-kurangnya terdapat lima suspek lagi yang turut sama.
Kata Bakhtiar, hanya terdapat dua teori sahaja iaitu sama ada mereka yang menjadi suspek terlibat sama mendera kanak-kanak itu sehingga meninggal dunia atau mereka tidak terlibat tetapi tahu siapa yang melakukannya.
Kanak-kanak malang itu dari Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, meninggal dunia Khamis lalu apabila seorang lelaki yang menjadi kenalan ibunya mendakwa kanak-kanak itu terjatuh dari motosikal dan meninggal dunia.
Lelaki itu membawa kanak-kanak tersebut ke Hospital Kuala Kubu Baharu tetapi pihak hospital yang mengesyaki sesuatu yang tidak kena telah membuat laporan polis dan suspek kemudiannya ditahan pada jam 3 pagi selepas berjaya dijejaki polis.
Kata Bakhtiar lagi pihak polis akan menjejaki kesemua mereka yang tersenarai sebagai suspek malah akan turut menyoal siasat bapa kepada suspek.
Malah pihak polis juga akan turut menyoal siasat ibu mangsa, Nurhanim Aziz.
Pihak polis juga katanya sedang bekerjasama dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung aduan bahawa ibu mangsa selama ini tinggal bersama suspek tanpa nikah.
Pengerusi Jawatankuasa Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia Datuk Yusoff Ismail berkata senario itu tidak dapat dielak sekiranya penguatkuasaan peraturan berkenaan diteruskan.
"Apa yang kita takuti, nasib rakyat yang merupakan pengguna akan menjadi taruhan kerana dengan peningkatan kos operasi sudah tentu harga ikan melambung tinggi di pasaran sekali gus membebankan mereka," katanya pada sidang akhbar di pejabat Persatuan Pengimport dan Pemborong Ikan Perak di sini hari ini.
Yusoff berkata kenaikan harga tidak dapat dielak kerana pengimport terpaksa menokok harga membeli peti KIBFG sehingga hampir RM100 sebuah berbanding sekarang.
"Misalnya harga kotak 30 kilogram yang digunakan sekarang adalah RM28 manakala KIBFG mencecah RM120. Begitu juga kotak KIBFG bagi 100 kg iaitu RM205 jauh lebih tinggi dengan harga biasa iaitu RM150," katanya.
Beliau berkata penguatkuasaan peraturan pengimportan ikan basah itu secara langsung akan mengakibatkan harga ikan melambung tinggi di pasaran.
Penguatkuasaan peraturan berkenaan yang sepatutnya dilaksana tahun lepas, ditangguh ekoran bantahan pengimport dan pemborong ikan kerana harga kotak ikan berinsulasi tinggi yang dikatakan terlalu mahal.
Yusoff berkata bagaimanapun jawatankuasa berkenaan tidak berhasrat menghentikan operasi membawa masuk bekalan ikan seperti yang pernah dilakukan Mac tahun lepas.
Mulai 1 Mac ini Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia akan mewajibkan penggunaan KIBFG yang bertujuan memastikan kualiti ikan yang dibawa masuk ke negara ini lebih selamat, bersih dan segar sejajar dengan pembaharuan dalam industri perikanan pada masa sekarang.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar pada Oktober lepas berkata penguatkuasaan penggunaan KIBFG itu mengambil kira pewartaannya pada 2006 yang tertangguh disebabkan pelbagai alasan daripada pihak terlibat khususnya pemborong dan pengimport ikan. - BERNAMA
Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin berkata, trend masa ini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.
Contohnya kata beliau, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik diisi oleh wanita.
Ahmad Shah menghujahkan perkara itu bertentangan dengan polisi kerajaan sekarang yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita.
Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia Datuk, Dr. S. Subramaniam berkata, nisbah antara guru lelaki dan wanita adalah 30:70.
Sambil menghargai polisi kerajaan berkenaan kesamaan gender, Ahmad Shah berkata, Cuepacs mahu dasar itu dilaksana dengan berhati-hati agar tidak mengganggu keseimbangan antara penjawat lelaki dan wanita.
Beliau berkata, kedua-dua gender mempunyai kekuatan dan kelemahan yang boleh diguna untuk melengkapi antara satu sama lain.
Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, walaupun terdapat lebih ramai guru wanita dalam perkhidmatan tersebut, peringkat pembuat keputusan dikuasai kaum lelaki.
Beliau berkata, prestasi guru wanita adalah sangat baik dan mereka memberikan pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak.
Yim Pheng menyarankan agar kementerian berkenaan mengambil lebih ramai guru lelaki untuk bidang-bidang tertentu seperti sukan, pendidikan jasmani dan kokurikulum.
Nisbah yang ideal antara guru lelaki dan wanita kata Lok adalah 50:50. - Bernama
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
" Yang pertama,
aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua,
`aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"
Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga
yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
" Golongan keempat,
ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."
" Golongan kelima,
ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
" Wahai guru, golongan yang keenam
yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
" Wahai guru, golongan yang terakhir
yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.
Wallahua'lam..al-munir
Lim berkata, beliau mempunyai bukti yang cukup bagi menghadapi segala tuduhan Zahrain yang tidak berpuas hati kerana didakwa oleh Lim gagal mendapatkan tender bagi syarikat yang baru dua bulan ditubuhkan sebelum tender projek itu dikeluarkan iaitu pada akhir September 2008.
"Semua ini terpulang kepada Zahrain sama ada hendak saman atau tidak. Kita mempunyai cukup bukti berhubung perkara ini. Kita juga sedia ambil risiko demi sebuah kerajaan yang bersih," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Zahrain yang akan mengambil tindakan undang-undang kerana mengaitkan ahli keluarganya dalam urusan mendapatkan tender bernilai RM40 juta itu.
Zahrain telah pun mengisytiharkan keluar dari PKR dan menjadi Ahli Parlimen bebas mewakili kawasan Bayan Baru.
Sementara itu, mengulas mengenai permintaan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Azhar Ibrahim supaya Lim mengeluarkan minit mesyuarat bagi acara sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri yang bakal disambut nanti, Lim berkata, perkara itu perlu diputuskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Agama Islam, Abdul Malik Abdul Kassim.
Azhar mendakwa terlalu banyak kekeliruan berlaku berhubung sambutan itu terutama bagi acara perarakan.
Lim memberitahu pemberita bahawa acara perarakan pada sambutan itu akan tetap diadakan.
Lim menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran DAP negeri di Dewan Perniagaan Cina di sini yang turut dihadiri pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy dan exco-exco kerajaan negeri. - BERNAMA
1) Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76 bilion
2) Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM27b
3) Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM11.92b
4) Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86b
5) Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.38b
6) Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09b
7) Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01b
8) Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4b
9) Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5b
10) Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2b