Datuk Maharaja Lela hendak digantung sampai mati kerana dituduh Pengkhianat Melayu...
Siapa Pengkhianat Melayu di Pasir Salak.....?
PASIR SALAK 1875
- Sebelum kedatangan James Wheeler Woodford Birch (J.W.W. Birch), pembesar-pembesar Melayu telah berpecah tiga kerana merebutkan takhta berikutan kemangkatan Sultan Ali ibni Sultan Shahabuddin Riayat Shah, Sultan Perak yang ke-24 ( 1865-1871 ), tetapi tidaklah sampai merosakkan negeri Perak yang amat kaya dengan bijih timah itu.
- Kehadiran lelaki Inggeris, bertubuh kurus, bermisai melenting, berwajah bengis, berambut kerinting nama panjangnya ialah James Wheeler Birch, Residen Inggeris, di Pasir Salak yang pertama di Tanah Melayu.
- J.W.W Birch dilantik sebagai Residen Inggeris pada bulan Januari 1874 telah merubah segala-galanya landskap situasi politik dan pemerintahan di Perak.
- J.W.W.Birch merupakan seorang Residen yang paling angkuh. Suka memperlekeh dan merendah-rendahkan kedaulatan Perak telah menerbitkan api dendam yang membara dalam dada Orang-Orang Besar Perak, sehinggakan terbit gerakan sulit untuk membunuh J.W.W.Birch.
- Dato' Maharaja Lela, Pembesar Perak yang pertama menyuarakan rasa tidak senang hati dengan tindak tanduk J.W.W.Birch ( Dato' Maharaja Lela ialah Orang Besar Berempat Perak yang berkuasa di sekitar kawasan Pasir Salak ).
- Tercatat dalam sejarah, sebab yang sebenarnya J.W.W.Birch dibunuh ialah berpunca daripada rasa tidak puas hati Sultan Abdullah Muhammad Shah II, yang ditabalkan menjadi Sultan Perak, sebaik sahaja Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 17hb Januari 1874.
- Permusuhan ini semakin tegang sehingga Sultan Abdullah yang tidak dapat menahan rasa marah telah menghantar surat kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Andrew Clarke di Singapura.
- Permusuhan secara terbuka berlaku, J.W.W Birch menggunakan kedudukannya sebagai Residen telah meminta Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan untuk membolehkannya mengambil alih kerja-kerja mengutip cukai, namun ditolak mentah-mentah oleh Sultan Abdullah.
- Pada 20hb Julai 1875, J.W.W.Birch, sekali lagi beliau mendesak Sultan Abdullah menurunkan tandatangan kali ini berserta dengan ugutan, Sultan Abdullah akan diturunkan daripada takhta seandainya enggan menandatangani surat penyerahan kuasa tersebut.
- Mesyuarat secara sulit untuk membunuh Birch bermula.Mesyuarat di adakan di Durian Sebatang pada 21hb Julai 1875.Semua pembesar bersetuju.
- Sultan Abdullah mengarahkan Dato' Maharaja Lela melaksanakan tugas membunuh birch. Telah ditetapkan pada pada 02hb November 1875, sewaktu Birch melawat Pasir Salak.
- Saat yang ditunggu akhirnya tiba juga, perancangan sulit yang telah diaturkan oleh Dato' Maharaja Lela telah disempurnakan oleh Pandak Indut dan Si Puntum.
- Residen Birch baru saja balik dari lawatannya di Pasir Salak, melihat kerja-kerja menampal poster pengisytiharan Inggeris mengambil alih ke atas pungutan cukai. Mungkin cuaca petang itu panas, Birch mengambil keputusan untuk mandi di rumah rakit yang dibina berhampiran perahu kenaikkannya. Beliau bercadang untuk bermalam dalam perahu dan akan balik ke Bandar Baru pada keesokkannya.
- Sedang Birch menjirus badannya, Pandak Indut, seorang pendekar terhandal perak merejam lembing ke arah tempat Birch mandi.
- Rejaman lembing tepat singgah di dada Birch, lantas jatuh berguling di dalam Sungai Perak.
- Birch masih bernyawa, beliau cuba berenang hendak naik sambil meminta tolong. Bagaimanapun, belum sempat Birch timbul, dengan pantas, Si Puntum menerpa dan menetak kepala Birch dengan parang panjang.
- Mayat Birch tenggelam dan hanyut. Mayatnya ditemui pada petang keesokkan harinya, sejauh 182.9 meter dari tempat kejadian.
- Peristiwa Semasa Bermesyuarat Untuk Membunuh J.W.W.Birch
- Sebanyak 7 kali mesyuarat diadakan ( semenjak bulan Mac hingga September 1875 ) oleh Sultan Abdullah Muhammad Shah dengan Orang-Orang Besarnya sebelum mendapat keputusan muktamad untuk membunuh Birch.
- 5 cara dicadangkan. Laksamana mencadangkan Birch diracun, Dato' Maharaja Lela mencadangkan Birch ditikam, Dato' Sagor mencadangkan agar Dato' Abdullah menyerang Bandar Baru dan membunuh Birch, dan Sultan Abdullah mencadangkan bermain hantu.
- Mesyuarat terakhir membunuh Birch di Pasir Salak, berlangsung di Rumah Dato' Maharaja Lela, pada 30 hb Oktober 1875. Dato' Maharaja Lela yang diberi kuasa membunuh telah menganugerahkan baju, tengkolok, dan pedang kepada Pandak Indut sebagai mewakilinya membunuh Birch.
- Birch tiba di Pasir Salak dari Bandar Baru ( Kediaman Residen ) dengan menaiki "Perahu Naga", pada pukul 10.00 malam, Ihb November 1875. Birch diiringi Lef. Abbot, Mat Arshad (juru bahasa ) dan 10 orang sepoi ( askar )
- Pada pukul 2.00 pagi, 2hb November 1875, Birch menemui ajal, direjam dengan lembing oleh Pandak Indut disusuli Si Puntum yang menetak, membelah kepala J.W.W.Birch.
- Semasa kejadian askar J.W.W.Birch yang dipimpin oleh Left.Abbot sedang pergi memburu di Kampung Gajah.
SUMER : CERANA BLOG
No comments:
Post a Comment