Pengaruh dunialah yang menjadikan umat Islam terlalai
Pengaruh dunia menjadikan umat Islam cintakan dunia
Kerana dunialah Tuhan dilupa, Islam terabai
Kerana pengaruh dunia lantas cinta dunia, ia berbagai-bagai
Harta, betina, pangkat, nama, glamor
Ada orang cintakan semuanya, ada orang salah satunya
Yang disebutkan di atas semuanya adalah perangkap
Jika ia telah menembusi jiwa itulah matlamat hidupnya
Tuhan tidak bertapak lagi di jiwa
Maka tuhan yang bukan Tuhan tadi telah jadi tuhan manusia
Tuhan yang sebenar pun dilupa, hendak sebut pun malu pula
Kalaupun Tuhan disebut hanya di mulut bukan dari jiwa
Menyebut Tuhan itu sekadar penyedap kata dan bahasa
Setelah dunia jadi tuhan manusia maka jadilah dunia rebutan
Apabila jadi rebutan timbullah saingan
Apabila berlaku saingan terjadilah perlanggaran
Apabila jadi perlanggaran terjadilah pergaduhan, pembunuhan dan peperangan
Akibatnya ukhwah pecah, perpaduan renggang, hasad dengki datang
Dari sinilah datangnya hidup nafsi-nafsi, mementingkan diri
Satu sama lain tidak peduli-mempeduli
Engkau, engkau, aku, aku
Kemudian mengajak bersatu dan berpadu
Di antara cara berpadu duduk di satu tempat bertemu selalu
Pandangan ini adalah lahir daripada otak yang beku
Dari otak yang tidak ada ilmu
Yang selalu bergaduh, berkelahi, benci-membenci, duduk satu kawasanlah
Bersatu bukan faktor fizik ia adalah faktor hati
Haraplah diambil perhatian
Jangan bercakap sesuka hati
sumber: minda ikhwan
No comments:
Post a Comment