Monday, September 14, 2009

ONLINE DENGAN TUHAN...


(gambar: bulan gerhana)
Salam..
Baru-baru ni pada 8 September 2009..aku menerima satu kiriman parcel 'SURPRISE" dari seorang rakan blogger..cikgu aklcitizen .Perasaan ni jangan citelah kan..begitu bangga dengan sikap prihatin, caring dan generous seorang guru sepertinya yang sudi mengirimkan sebuah buku yang sangat baik tajuk dan isinya iaitu "Online dengan Tuhan"..tapi yang lebih memeranjatkan lagi Teacher bukan saja mengirimkan buku itu sahaja tapi juga sepucuk surat yang ditulis kemas (dah ku "framekan") dan juga duit raya buat semua anak2ku...Begitu mulianya budi Teacher kan...nak kata kenal lama tak juga tapi bila Teacher memilihku diantara ramai2 rakan blogger yang lain utk diberikan hadiah....rasa2nya tak terucap...apa yang penting aku suka melayari blog beliau kerana isi blognya walaupun ringkas tapi sangat padat dengan ilmu..kadangkala ceritanya pendek tapi penuh pengajaran..jadi apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan blogku ini yang sememangnya terkenal dengan panjang meleret-leret..
Sekali lagi kuucapkan terima kasih yang tak terhingga buat Teacher aklcitizen diatas hadiahnya itu..Aku telah habis membaca buku tersebut dan aku tertarik dengan semua kupasan penulisnya Zulkifli Khair berkenaan prinsip percaya kepada kekuasaan Allah yang perlu ada dalam diri setiap dari kita dan salah satu tajuk yang aku suka ialah "Sekiranya Tuhan keluarkan Bil"...Bayangkanlah betapa Allah sangat bermurah hati memberikan kita peluang hidup didunia ini dengan menggunakan segala kemudahan dan kenikmatan yang diperolehi tanpa sedikitpun mengenakan sebarang bayaran..yang Allah hanya minta sangatlah sedikit..iaitu agar kita cuma sujud kepadanya 5 kali sehari...iaitu Sembahyang sebagai tanda kesyukuran kepada segala nikmat yang diberikanNYA tapi berapa ramai diantara kita hari ini yang mampu berpuasa tetapi tidak mampu melakukan ibadah Sembahyang yang sebenarnya amatlah ringan tetapi menjadi berat bagi sesetengah dari kita yang tidak pernah menghayati kejadian Alam Semesta bahkan kejadian manusia itu sendiri...Alangkah ruginya setiap saat yang terbuang begitu sahaja..
Bayangkanlah ya kalau seandainya Allah mengeluarkan bil atas setiap oksigen yang disedut..katakan RM1.00 untuk setiap kali sedutan..Kajian menunjukkan manusia dewasa bernafas sebanyak 18 hingga 30 ribu kali sehari. Katakan 20 ribu kali sehari, bermakna dalam tempoh hayat 21 tahun, individu sudah bernafas sebanyak 21 x 365 x 20,000 = 153,300,000 kali bermakna bilnya akan berjumlah RM153 juta..(mampukah kita untuk membayarnya ???) fikir-fikirkanlah wahai manusia yang sombong..
Ya... masih ramai diantara kita yang masih sombong dengan Allah, walaupun Al-Quran merupakan mukijizat yang diturunkan dan merupakan kalam Allah yang sebenar2nya dan tidak ada satu pembohongan pun didalamnya..Kita masih engkar dan cuai untuk menjalankan perintahNYA sehinggalah sampai satu waktu kita ditimpa dengan bala dan disaat itu kita menyalahkan pula takdir kenapa ianya berlaku tanpa mahu bermuhasabah diri dimana silapnya kita...saya ingin berkongsi kepada semua sebuah petikan yang telah membuatkan saya terfikir, Allah itu maha pemurah, sangat2 pemurah…ini petikan tersebut:

"bersabarlah, setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Hidup ini adalah lakonan dan kita adalah pelakon2nya. Daripada petikan Al-Quran, ‘Dan aku akan menjauhkan diri daripadamu, dan daripada apa yang kamu seru selain daripada Allah, dan aku akan berdoa kepada Tuhanku, aku tidak akan kecewa dengan berdoa kepada Tuhanku,’ Doa adalah senjata org Mukmin.

DAN INGATLAH "Bila Allah cepat memakbulkan doamu maka Dia menyayangimu, bila dia lambat memakbulkan doamu, dia ingin menguji kasih sayangmu terhadapNya, bila dia tidak memakbulkan doamu, percayalah dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu, berbaik sangkalah dengan Allah dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya..."
Dan aku sentiasa berdoa semoga tidak ada diantara kita rakan-rakan blogger yang sudi menjalinkan ukhwah denganku berpaling dari ajaranNYA walaupun seinci...Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri di atas segala ujian yang diturunkan kepada kita dan semoga kita semakin menginsafi bahawa kita semua adalah pinjaman belaka dan satu waktu yang entah bila akan kembali dijemput mengadapNYA...dan semoga kita dimatikan didalam keadaan telahpun sempat bertaubat diatas segala keterlanjuran dan dosa2 silam...

sumber: aklcitizen

No comments:

Post a Comment

TEMAN SINGGAH

YANG DATANG