Saturday, September 12, 2009

SEMPENA LEMBARAN...ALLAHYARHAM HJ RASHID MAIDEN


Kerjaya politik
Pada mulanya,Allahyarham Rashid menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang kemudian diharamkan oleh kerajaan British kerana dituduh berhaluan kiri dan menentang British secara seluruh. Ketika berjuang dalam PKMM, Allahyarham Rashid pernah ditahan beberapa kali oleh kerajaan British di pusat tahanan Tanjung Beruas, Melaka serta di Larkin, Taiping, Morib dan Tanjung Beruas. Dia pernah mengetuai mogok lapar dalam pusat tahanan tersebut bersama Pak Sako. Sebagai orang tahanan, mereka dibenarkan bekerja di luar pusat tahanan. Upah yang diberi ialah 75 sen sehari.
Allahyarham menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1951 dan menjadi ahli jawatankuasa pusat PKM bersama Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Abdullah C.D di Perak.

Pemberontakan bersenjata menentang British
Allahyarham Rashid memilih PKM sebagai wadah perjuangan yang baru. Selepas diburu oleh pihak berkuasa Malaysia, Rashid dan gerombolannya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran sempadan Malaysia dengan Thailand. Di sana. Allahyarham berkahwin dengan seorang gadis Cina yang juga merupakan ahli PKM. Isteri Cina ini kini bernama Latifah. Chin Peng memberi kepercayaan kepadanya untuk memimpin Regimen ke-10 PKM di Bentong, [Pahang]].

Allahyarham yang pernah menetap di perkampungan yang dinamakan "Perkampungan Malaysia" di sempadan Thailand Selatan. Jumlah rumah 62 buah dan penduduk di situ lebih kurang 200 orang. Orang Melayu Malaysia ada tiga kelamin, yang lain semua warga Thailand.
Rumahnya dua tingkat yang diubahsuai daripada rumah asal yang hanya mempunyai satu bilik. Kiri kanan dipenuhi pokok dokong, rambutan dan buah-buahan tempatan, iaitu pemandangan yang biasa dilihat di kampung-kampung di Malaysia. Di kampung itu, dia mengajar anak-anak kampung mengaji al-Quran. Allayarham Pak Sako pernah berkata Rashid Maidin kuat agamanya.
Di bawah urusan kerajaan Malaysia, Allahyarham pergi ke Mekah untuk mengerjakan fardhu haji pada tahun 1999. Sahabatnya, Ahmad Boestaman dan Ishak Haji Mohamad, telah meninggal dunia.
Allahyarham mempunyai badan tegap dan selalu berpakaian serba putih lengkap berketayap.

Ghaib
Allahyarham pernah dikatakan mempunyai keistimewaan boleh menghilangkan diri jika diburu oleh pasukan keselamatan. Dia juga dikatakan selalu mengunjungi adiknya di Kampung Sungai Itik, Simpang Pulai, Perak. Rumah itu daripada papan dan bertiang tinggi. Pasukan tentera mengepung rumah itu tetapi tidak dapat menemui Allahyarham Rashid yang dikatakan berada di situ.
Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Rashid_Maidin

No comments:

Post a Comment

TEMAN SINGGAH

YANG DATANG