Monday, October 19, 2009

DAULAT....DAULAT....DAULAT UMNO

Ketika Perak sedang bergembira dengan Sambutan Jubli Perak pemerintahan baginda sebagai Sultan Perak pada 2009, negeri Perak telah dilanda krisis politik yang melibatkan peralihan 3 orang ahli Dewan Undangan Negeri dari barisan kerajaan negeri yang menyebabkan kerajaan campuran Pakatan Rakyat tidak mempunyai majoriti yang cukup.

Baginda selaku ketua negeri telah memainkan peranan yang penting dalam penentuan kerajaan negeri dengan memutuskan untuk penukaran kerajaan tanpa pembubaran Dewan Undangan Negeri walaupun telah dipohon oleh Menteri Besar Perak sendiri. Perlakuan baginda ini adalah menurut perlembagaan.

Dengan itu, dalam menangani krisis pentadbiran kerajaan Negeri Perak, baginda telah mempraktikkan keputusan menurut peraturan dengan membenarkan penubuhan kerajaan baru oleh Barisan Nasional apabila baginda mengesahkan dengan menemu-bual setiap seorang wakil BN dan wakil Bebas mengenai pendirian mereka. Selain itu baginda membuat keputusan berdasarkan perlembagaan negeri Perak yang menyatakan Menteri Besar perlu mendapat sokongan majoriti. Selain itu, keputusan mengenepikan surat letak jawatan tiga orang ADUN itu bedasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1982 dalam kes yang serupa, yang menetapkan bahawa surat yang ditandatangan lebih awal (presign letter) tidak sah. [4][5]

Maka, mengikut 3 bahagian di dalam keseluruhan peruntukan Fasal 16 (6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan;

  1. Jika Menteri Besar telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli DUN - sila ambil perhatian bahawa tidak dinyatakan di sini bagaimana atau prosiding apakah yang wajib untuk menentukannya.
  2. Menteri Besar tersebut hendaklah meletakkan jawatan keseluruhan Ahli Majlis Kerajaan Negeri ("Exco") termasuk dirinya sendiri sebagai Ketua Exco - Perkataan "hendaklah" bermaksud sesuatu yang mandatori untuk dilakukan dan tiada pengecualian dibenarkan.
  3. Melainkan dengan permintaannya untuk pembubaran DUN diperkenankan oleh Sultan - ini bermaksud ada proviso atau pengecualian tetapi bersyarat di dalam Fasal 16 (6) yang membolehkan Menteri Besar memohon pembubaran DUN apabila beliau hilang kepercayaan majoriti tetapi dengan syarat diperkenan sultan. Tidak ada peruntukan selanjutnya yang mengatakan sultan wajib menerima permohonan Menteri Besar. Tetapi yang pastinya ada peruntukan 18 (2)(b) untuk baginda menggunakan budi bicaranya.

Mengikut Fasal 18 (2)(b) pula, bagi memastikan tindakan baginda adalah mengikut bidang kuasa sedia ada ke atas baginda, Paduka Seri Sultan Perak telah menggunapakai kuasa budi bicara (kuasa untuk menentukan sesuatu dan bertindak berdasarkan budi bicara dan penilaian sendiri) yang ada pada baginda di bawah peruntukan 18 (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk tidak memperkenankan permintaan pembubarkan DUN oleh Menteri Besar. Ini dinyatakan dan digunapakai bagi menunjukkan kuasa yang ada pada dri baginda adalah bukan sekadar untuk berfungsi sebagai "rubber-stamp" apabila Menteri Besar membuat permintaan untuk pembubaran pada bila-bila masa.

MALAYSIATODAY

Apakah permintaan Sultan dan keluarganya yang ditolak oleh Pakatan Rakyat dan sebaliknya diterima oleh Barisan Nasional? Mari kita tengok, dalam masa beberapa bulan saja, Sultan dan keluarganya tiba-tiba menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, sebaik saja Pakatan Rakyat tumbang.

1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.

2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, disepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak dimana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan - Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.

4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak wementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) dimana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah).

5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta dimana harga sebenar jauh lebih tinggi dipasaran terbuka. Hotel tersebut terletak dikawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.

No comments:

Post a Comment

TEMAN SINGGAH

YANG DATANG