Thursday, October 29, 2009

MB SELANGOR TIADA KUASA, KATA NAJIB

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak boleh mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah meletak jawatan kerana ADUN tersebut adalah seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.

Kata Najib, dalam hal ini hanya ADUN tersebut yang berhak menentukan sama ada hendak meletakkan jawatan atau tidak.

“Dia mungkin tidak mahu meletakkan jawatan...,” kata Najib kepada para pemberita apabila ditanya tentang arahan Khalid supaya Badrul Hisham meletakkan jawatannya atas alasan tidak berfungsi sebagai wakil rakyat.

Khalid hari ini mengeluarkan kenyataan melalui pejabat setiausaha politiknya mengarahkan Badrul meletakkan jawatan sebagai ADUN setelah beliau tidak menjawab surat tunjuk sebab bertarikh 20 Ogos 2009 berhubung dakwaan mengatakan beliau tidak menjalankan tanggungjawabnya di kawasan tersebut.

Ditanya apakah Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi satu lagi pilihan raya kecil sekiranya Badrul melepaskan kerusinya, Najib berkata, ”Kita lihat dulu macamana.”

Ini kerana kata perdana menteri, segalanya bergantung kepada sebagai wakil yang dipilih rakyat untuk menentukan sama ada beliau patut meletakkan jawatan atau sebaliknya.

“Ini adalah pilihan beliau...,” kata Najib.

No comments:

Post a Comment

TEMAN SINGGAH

YANG DATANG