Thursday, November 12, 2009

HADIRNYA DIA PENAWAR DUKA...ros!

Mana tak gembiranya... Hero pujaannya nak datang buat Konsert di Melaka.. bolehlah nak berlaga pipi lagi.. ha.. ha..

Bintang filem Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan dijangka mengadakan konsert di Melaka pada Dis 11 ini.

Stadium Hang Jebat di Kerubong yang boleh menempatkan 40,000 penonton akan menjadi lokasi konsert tersebut.

Bagaimanapun persembahan pelakon dan penghibur itu bergantung pada kesanggupan mana-mana penaja untuk membiayai kos persembahan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam .

Tahun lalu kerajaan negeri Melaka mengurniakan darjah kebesaran membawa gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan.

Ali juga menjelaskan, Shah Rukh Khan tidak akan membuka studio perfileman di Melaka seperti yang dilaporkan.

“Beliau tidak boleh memberi komitmen sepenuh masa sekiranya membuka studio itu di sini sebaliknya menawarkan diri untuk menjadi penasihat sahaja,” kata beliau


The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment

TEMAN SINGGAH

YANG DATANG