Sunday, November 1, 2009

INGAT KE SUPER KINTA....?

Tapak Super Kinta yang selama ini terbengkalai selama tiga tahun tanpa sebarang projek dijangka akan dibangunkan sebagai pusat perniagaan barangan dari China untuk projek pusat pameran.

Penasihat Menteri Besar, Datuk Chang Ko Youn berkata, projek itu akan terlaksana jika pelabur China dan peniaga sekitar Tapak Super Kinta bekerjasama dalam projek berkenaan, di samping dapat meningkatkan lagi pendapatan penduduk setempat.

“Pelabur dari China ini adalah pengusaha kasut, pakaian, pengusaha kilang, pengusaha alat pencukur dan barangan elektronik dijangka akan melabur di Ipoh sekiranya mereka yakin akan ekonomi Ipoh untuk mereka laburkan perusahaan mereka di sini.

“Rombongan pelabur yang terdiri daripada 19 orang pengarah serta penasihat perniagaan itu, adalah susulan dari lawatan Dewan Perhimpunan China Negeri pada 2006 lalu,” katanya pada sidang media selepas sesi lawatan rombongan pelabur dari Lucheng, China di bangunan SUK di sini, senalam.

Kata beliau, Hal ini juga susulan Amerika Syarikat dan negara terlibat telah mengurangkan import kasut dari China iaitu sebagai negara terbesar mengeksport kasut ke negara berkenaan menyebabkan mereka mencari tempat lain bagi memasarkan perusahaan mereka dari mengalami kerugian.

“Manchaw adalah bandar raya jenama eksport banyak mengeksport barang ke semua negara dan harap boleh menubuhkan pusat perniagaan serta membina kilang mereka di sini.

“Dari penarikan pelabur ini sedikit sebanyak boleh meningkatkan taraf ekonomi Ipoh agar berdaya saing dan dengan peruntukan yang telah di berikan oleh kerajaan sebanyak enam juta bagi membangunkan tapak berkenaan,” katanya.

Jelasnya, sekiranya tapak berkenaan tidak dibangunkan maka akan terus terbengkalai bukan selama tiga tahun tetapi mungkin memakan masa 30 tahun akan datang.

Menurutnya, pihaknya juga meyakinkan pelabur berkenaan mengenai Malaysia yang juga merupakan salah sebuah negara yang mempunyai suasana pelaburan yang stabil, mesra dan mempunyai sistem ekonomi terbuka.

“Kelebihan dapat kita berikan dari segi harga tanah dan tarif elektrik yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan China.

“Sekiranya pelabur berkenaan bersetuju melabur di Ipoh dengan mengeksport barangan mereka, akan memudahkan mereka berhubung dengan pasaran negara Barat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TEMAN SINGGAH

YANG DATANG