Tuesday, November 24, 2009

ini perak , bukan kelantan

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menyediakan sebuah kereta Produa Myvi dan sebuah Proton Saga 1.3 kepada 200 orang pembayar cukainya yang terpilih.

200 pembayar cukai akan menyertai cabutan akhir yang akan dilakukan oleh Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 7 Disember ini di Pasaraya K.B.Mall.

Cabutan yang akan bermula jam 2.00 petang itu turut menawarkan hadiah berupa 7 buah motosikal iaitu 4 Honda EX 5 dan 3 buah Honda Wave terserta 200 kad pintar letak kereta berharga RM50.00 setiap satu berjumlah RM100,000.

Cabutan pertama bagi memilih 200 penyertaan untuk cabutan akhir daripada 4,800 borang penyertaan yang diterima MPKB-BRI bagi tahun ini telah dilakukan oleh Yang Dipertua MPKB-BRI Haji Ahmad Mahmood (10 cabutan).

lIMA cabutan oleh Ahli-ahli Majlis MPKB-BRI, Setiausaha MPKB-BRI Haji Nazran Muhamad, pegawai kerajaan negeri, Persekutuan, pegawai dan orang ramai yang dijemput hadir selepas Persidangan Penuh MPKB-BRI pada 22 Disember lalu bertempat di Dewan Bunga Raya, MPKB-BRI.

Kesemua 200 pembayar cukai Bandar yang layak untuk cabutan akhir ini akan diberitahu secara rasmi oleh MPKB-BRI dan mereka diminta hadir pada 7 Disember ini bagi menjayakan cabutan berkenaan.

Penolong Pengarah Perhubungan Awam, MPKB-BRI Azman Mohd Daham berkata, jika sekiranya mereka gagal hadir tetapi nama mereka terpilih sebagai pemenang kereta, secara otomatik cabutan yang dimenanginya akan dibatalkan..

Beliau berkata, kehadiran mereka ke majlis tersebut tidak akan pulang tangan kosong kerana MPKB-BRI akan memberikan saguhati berupa kad pintar letak kereta yang berharga RM50.00 seorang bagi membolehkan mereka meletak kereta secara percuma dalam kawasan Majlis.

Sebelum ini, kesmua borang 200 penyertaan yang berjaya memasuki cabutan akhir nanti telah diserahkan oleh Setiausaha MPKB-BRI Haji Nazran Muhamad kepada Yang Dipertua MPKB-BRI Haji Ahmad Mahmood untu diumumkan kepada orang-ramai yang hadir.

Cabutan bertuah yang diperkenalkan oleh MPKB-BRI semenjak beberapa tahun lalu itu bagi menggalakkan wargakota menjelaskan cukai Bandar mereka.

Syarata bagi membolehkan mereka menyertai cabutan tersebut mestilah menjelaskan kesemua cukai yang dikenakan serta bayaran yang dibuat tempat pada masanya.

Sebelum ini beberapa buah kereta telahpun dimenangi oleh pembayar cukai bandar yang bermula dengan Produa Kancil 660, Produa Kembara, Produa Myvi dan Toyota Avanza, pelbagai jenis motosikal dan barangan elektrik.

No comments:

Post a Comment

TEMAN SINGGAH

YANG DATANG