Monday, November 16, 2009

lagi mati di lokap polis..!!!!!

Lelaki berusia 22 tahun yang didakwa membunuh ibunya, ditemui mati dalam bilik kurungan di Penjara Air Molek di Johor.

Menurut pihak berkuasa, J Saravanan menggantung dirinya dengan menggunakan sarung bantal yang diikat pada pintuk bilik kurungannya.

Bagaimanapun, keluarganya enggan mempercayai bahawa Saravanan membunuh diri dan mengesyaki ada unsur jenayah.

Penyelaras Hindraf Johor, Y Mohan memberitahu Malaysiakini bahawa keluarga mangsa bercadang membuat laporan polis tengahari ini.

"Bila mereka melihat mayat tersebut di bilik mayat, ianya penuh dengan kesan luka.

"Keluarganya merasakan Saravanan mungkin telah dipukul hingga mati," katanya.

Saranan telah didakwa membunuh K Malilla, 47, dengan menggunakan batang besi di rumah mereka di Kampung MIC di Ulu Tiram.

Dia juga didakwa memasukkan mayat ibunya ke dalam sebuah beg selepas insiden tersebut antara jam 9.30 pagi dan 10.30 pagi 15 Oktober lalu.

No comments:

Post a Comment

TEMAN SINGGAH

YANG DATANG