Friday, November 27, 2009

suhakam gred "B" ???????

SALAM EIDUL ADHA DARIPADA DUYUNG UNTUK TEMAN-TEMAN DUYUNG

Walaupun timbul spekulasi sebelum ini bahawa statusnya akan diturunkan kepada 'B', tetapi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berjaya mengekalkan rankingnya pada status 'A'.

Bagaimanapun, Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman berkata Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa
Institusi Promosi dan Perlindungan Hak Asasi Manusia (ICC) telah menimbulkan dua kebimbangannya.

(ICC adalah badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditubuhkan untuk memantau dan memperkukuhkan institusi hak asasi manausia di negara anggotanya).

Bercakap kepada pemberita di ibupejabat Suhakam di ibunegara hari ini, Abu Talib berkata, ICC memandang berat terhadap ketelusan dalam pelantikan pesuruhjayanya.

"Ia juga berkata penggunaan KPI (dalam suruhanjaya tersebut) boleh terdedah kepada manipulasi politik," katanya.

Suhakam adalah pertubuhan di bawah kawalan terus Jabatan Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment

TEMAN SINGGAH

YANG DATANG