PENGANTIN BARU: Mohd Aliff Rostam, 15, bersalaman dengan bapanya, Tam Spider dan ibunya, Aida Mustafa pada majlis persandingan di Dewan Tuanku Ibrahim Ismail Pekan Nanas, Pontian, hari ini. bh
SEORANG penduduk, Mohd Rafiq Zakaria, 22, membawa dua ekor lembunya ke tempat lebih selamat selepas banjir menenggelami sebahagian besar kawasan Kampung Bendang Pak Yong, hari ini. - Foto Syamsi Suhaimi
Nov 8, 2009 6:58 pm
TINJAUAN foto NSTP melalui udara bersama dengan Unit Udara Polis Di Raja Malaysia mendapati keadaan air di CIQ Rantau Panjang (kiri) kini semakin surut setakat jam 4 petang, hari ini. - Foto Fathil Asri
Nov 8, 2009 4:50 pm
PASUKAN Unit Tidakan Khas pejabat Adun Kuala Nerang turut serta dalam operasi menyelamat mangsa banjir yang melanda kawasan Padang Terap, Kedah, hari ini. - Foto Shahrizal Md Noor
Nov 8, 2009 11:16 am
PEMAIN tengah Mallorca, Fernando Varela (tengah) diapit dua pemain Barcelona, Seydou Keita (kiri) dan Yaya Toure (kanan), dalam perlawanan Liga Sepanyol di Stadium Camp Nou, Barcelona, awal pagi ini. Barcelona menang 4-2 ke atas Real Mallorca. - AFP
Nov 8, 2009 9:41 am
ANDY Murray (kiri) menentang Fernando Verdasco dalam perlawanan separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka ATP Valencia, awal pagi tadi. Murray menang 6-3, 2-6, 6-3. - Foto Reuters
Nov 8, 2009 7:48 am
PEMAIN tengah Real Madrid, Kaka (tengah) merembat bola ke arah pintu gol Atletico de Madrid dalam saingan La Liga Sepanyol di Stadium Vicentre Calderon, Madrid, awal pagi tadi. - Foto AP
Nov 8, 2009 7:52 am
PASUKAN Negeri Sembilan meraikan kejayaan mereka setelah berjaya menjuarai perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi. Pada perlawanan itu Negeri Sembilan berjaya menjulang Piala Malaysia, piala yang paling berprestij di dalam saingan Liga Malaysia setelah menewaskan Kelantan dengan 3-1. - Foto Bernama
Nov 8, 2009 4:56 am
No comments:
Post a Comment