Wednesday, November 4, 2009

TOYOTA TINGGALKAN LITAR.....


Toyota Motor akan meninggalkan Formula Satu (F1) dalam usaha mengurangkan kos ketika syarikat automotif Jepun itu bertungkus lumus menghadapi kesan kegawatan ekonomi global, lapor akhbar Mainichi Shimbun hari ini.

"Toyota akan mengadakan mesyuarat luar biasa lembaga hari ini untuk membuat keputusan rasmi berhubung penarikan diri itu dan Presiden Akio Toyoda akan mengumumkannya pada satu sidang media di Tokyo," lapor akhbar itu tanpa menyatakan sumber berita itu.

Pengeluar terbesar kereta dunia itu enggan mengulas laporan berkenaan.

Akhbar itu melaporkan Toyota juga mungkin menimbang untuk menjual pasukan F1 itu.

Toyota menyertai F1 pada 2002 dan mengakhiri musim perlumbaan kali ini di tangga kelima dalam kategori pengeluar.

Jika penarikan diri Toyota disahkan, ini bermakna tiada syarikat Jepun terbabit dalam perlumbaan itu.

Dua hari lalu Bridgestone Corp menyatakan ia akan menamatkan pembekalan tayar pada perlumbaan tahun depan.

Honda sebelum ini menjual pasukan F1 selepas ia bertarung dengan kesan kegawatan ekonomi global. - AFP

No comments:

Post a Comment

TEMAN SINGGAH

YANG DATANG