Friday, December 18, 2009

detektif lim...hero yusof haslam


Hamik ko, kan dah kena!

Akibat mencuri 2 buah buku iaitu The Sistine Secrets berharga RM89.90 dan sebuah lagi buku bertajuk Decoding The Heavens (RM105) di kedai buku MPH pada pukul 7.15 malam 27 Mac lalu, pelakon Gerak Khas yang lebih dikenali sebagai “Detektif Lim’ telah pun dikenakan hukuman penjara 2 bulan dan denda sebanyak RM2000 oleh mahkamah majistret, hari ini.

Sebelum ini, beliau pernah membuat penafian dakwaan tetapi pihak pendakwa mempunyai bukti rakaman CCTV, yang tidak boleh dinafikan lagi.

Bagaimana pun, Detektif Lim (Farid) telah meminta penangguhan hukuman yang sepatut’nya berkuatkuasa hari ini, dengan syarat beliau mesti memohon bon jaminan terlebih dahulu.

Itulah, sepandai-pandai tupai melompat jatuh juga ke tanah, sepandai-pandai Detektif Lim mencuri, kantoi juga dengan CCTV!

No comments:

Post a Comment

TEMAN SINGGAH

YANG DATANG