Thursday, December 31, 2009

tahun baru..suami bunuh isteri

Polis menahan seorang wanita, dipercayai teman kepada suami wanita yang ditemui mati dalam sebuah almari pakaian di rumahnya di Pinggiran Ukay di sini semalam bagi membantu siasatan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Amiruddin Jamaluddin berkata wanita berusia 22 tahun itu ditahan di sekitar ibu negara pada kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.
"Polis menjejaki wanita itu yang dipercayai ada bersama suami mangsa pada kira-kira pukul 9 malam di sekitar ibu negara selepas dia (suami mangsa) menghilangkan diri ketika mayat isterinya ditemui di rumahnya," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Mayat Fazlina Ahmad, 39, ditemui dalam almari bilik tidur utama rumah teres dua tingkat oleh sepasukan anggota polis pada pukul 9 malam semalam selepas menerima laporan daripada rakan mangsa yang mengadu mangsa gagal dihubungi.
Amiruddin berkata polis tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan adalah berkaitan masalah keluarga.
Beliau berkata Fazlina dipercayai mati akibat kelemasan dan mayat mangsa tidak mempunyai sebarang kesan luka mahupun pergelutan.
"Kita masih menunggu keputusan bedah siasat dan polis sedang mengesan suami mangsa yang sehingga kini gagal dikesan untuk membantu siasatan," katanya.
Teman wanita itu dipercayai mengenali suami mangsa sejak awal tahun lepas atas urusan perniagaan makanan yang dijalankan bersama Fazlina.
Sementara itu, suasana sedih dan pilu menyelubungi Rumah Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang dipenuhi anggota keluarga Fazlina termasuk kenalan rapat yang menunggu untuk menuntut mayat sehingga bedah siasat selesai.
Kakak mangsa, Faezah, 40-an berkata kali terakhir beliau menemui adik bongsunya pada Sabtu lepas ketika beliau pulang bercuti selama sehari di kampung di Jelutong, Pulau Pinang.
"Adik ada balik kampung (di Pulau Pinang) pada 26 Dis lepas. Dia ada beritahu akan kembali pulang ke kampung pada 30 Disember (semalam) untuk menceritakan masalah yang menimpanya... saya syak mungkin masalah rumahtangganya," katanya.
ketika ditemui pemberita di Rumah Mayat HKL.Faezah berkata kejadian yang menimpa adik bongsu daripada empat beradik itu suatu tragedi yang tidak disangka boleh berlaku dalam keluarganya.
"Kami sekeluarga tidak tahu masalah yang berlaku ke atas Fazlina dan suaminya. Kami terkejut mendapat berita kematiannya tengah malam semalam dan pagi ini baru tiba dari kampung. Jenazah akan dikebumikan di Pulau Pinang," katanya sayu.
Fazlina meninggalkan dua anak perempuan berusia lima dan tujuh tahun yang kini dijaga ibu mentuanya. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment

TEMAN SINGGAH

YANG DATANG