Tuesday, January 19, 2010

cerita best...!!!!!

UMNO perlu berubah. Jangan lagi berkelakuan seperti seorang ayah yang lanjut usia mendidik anak. Bukan tidak molek. Bukan tidak baik. Tetapi ketangkasan dan ketegasan juga penting.

Perihal UMNO menangani masalah pembangkang yang bermaharajalela dalam sektor perkhidmatan awam sudah banyak kali diperkatakan.

Biar mereka menista, biarkan mereka membangkang. Kita tidak boleh halang. Ya! Memang kita tidak boleh halang mereka memangkah sesiapa tetapi bukankah kerja dan gaji dibayar oleh Kerajaan? Kerajaan mana? Kerajaan PAS kah? PKR kah? DAP kah? Tidak! Kerajaan yang sejak ditubuhkan sektor awam sendiri adalah BN.

Lihat saja. Para guru-guru yang digaji meracuni anak-anak murid untuk membenci pemimpin dalam Kerajaan. Para kakitangan yang saban hari mengutuk pemimpin itu ini tetapi cukup bulan tadah tangan di mesin-mesin ATM cucuk duit. Siapa yang bayar itu? Bukankah Kerajaan yang dikutuk?

UMNO memang matang. Tetapi hari ini dilihat begitu lembik. Semua nak menyedapkan hati pembangkang. Nak tarik hati pembangkang tetapi hati yang menyokong UMNO dibiarkan berdarah.

Kenapa masih ragu-ragu bertindak? Menyelamat dan memperbaiki adalah berbeza dari segi masa bertindak dan berfikir. Selalunya semasa berlaku sesuatu musibah maka tindakan yang paling cepat ialah menyelamat. Tak kira apa cara sekalipun. Kemudian baru perbaiki. Memperbaiki itu memakan masa walaupun sehari.

Sakit hati apabila UMNO terus-terusan dikutuk tetapi kalau masih nak harapkan simpati saja dari ahli UMNO itu tidak cukup. Minda rakyat sekarang bukan macam dulu sebelum merdeka. Waktu dulu, orang nampak kita berusaha turun kampung ke kampung. Hari ini minda dah tak kisah dah sebab televisyen tunjuk macam-macam gaya kita turun sana turun sini.

Pendengaran itu juga penting selain pembacaan. Guru nak sampaikan ilmu pada anak murid kena berbicara bukan suruh tengok huruf dalam buku kemudian hafal. Tak ada penerangan tak ada penjelasan. Apa akan jadi pada anak murid?

Penerangan bukan setakat pelakon-pelakon muda melakonkan watak-watak idola mereka. Penerangan yang paling berkesan ialah berhadapan sendiri dengan rakyat. Turun padang.

Ini ada sedikit tips untuk sebahagian besar Ketua Bahagian nak kekal diterima dan dipilih menjadi MT oleh lebih 60,000 perwakilan.

Ikhlas,
Rajin,
Pintar,

Bukan duit yang nak bantu dapatkan nama dan kepercayaan tetapi Allah Taa'la. Jangan fikirkan tentang ganjaran seperti dinobat menjadi Menteri bila buat kerja. Kalau hati benar-benar ikhlas tolong rakyat, InsyaAllah, lebih dari Menteri dapat.

No comments:

Post a Comment

TEMAN SINGGAH

YANG DATANG