Sunday, January 24, 2010

ng yen yen ajak tengok kasut ?

Malaysia buat julung kali akan menganjurkan pesta kasut antarabangsa April ini yang pereka kasut terkemuka Datuk Jimmy Choo menjadi penasihat pesta.

"Kita mahu menjadikan kasut sebagai salah satu aspek penting dalam industri pelancongan Malaysia," kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata acara itu akan diadakan di Kuala Lumpur beserta pameran dan seminar mengenai kasut, yang akan dihadiri oleh pembuat kasut tempatan dan pereka kasut antarabangsa.

"Kita akan bercakap mengenai kasut dari segi kepentingan dan glamornya. Apa jenisnya. Tahun ini sebagai permulaan dan berharap kita dapat mengembangkannya kelak," katanya di luar Persidangan Menteri Pelancongan Asean Ke-13 di sini pada Ahad.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

TEMAN SINGGAH

YANG DATANG