Monday, January 4, 2010

siapa bunuh isteriku.....?

Mohafri Mohamed - yang diburu polis berhubung pembunuhan isterinya yang ditemui mati berbungkus selimut dalam almari pakaian di rumahnya di Pinggiran Ukay, Ulu Kelang pada 30 Dis lepas - ditahan di pekarangan Zoo Negara malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi semalam berkata lelaki berusia 37 itu ditahan kira-kira pukul 8.30 malam.

Katanya, semasa penahanan itu, Mohafri ditemui dalam keadaan kebingungan dan mundar-mandir di kawasan berkenaan.

"Kita mendapat panggilan daripada orang awam yang ternampak kelibat lelaki tersebut di kawasan itu," katanya.

Beliau berkata suspek akan dibawa ke Mahkamah Ampang pukul 9 pagi ini untuk mendapatkan perintah reman.

Gambar suspek diedarkan di seluruh negara sebelum ini.

Mayat Fazlina Ahmad, 39, ditemui dalam almari bilik tidur utama rumah teres dua tingkatnya dengan keadaan mulut dan hidungnya ditampal pita pelekat dan dibungkus selimut.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

TEMAN SINGGAH

YANG DATANG