Wednesday, March 10, 2010

3 kanak-kanak dihentak

Nur Nadrah Nabilah Mohd Yusri dengan berbalut kepalanya semasa dipindahkan ke wad di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar hari ini.

MUAR: Tiga kanak-kanak cedera parah apabila seorang lelaki yang bersenjatakan tukul menyerbu masuk ke sebuah tadika di mana mereka sedang belajar pagi ini dan mengamuk lalu menghentak mereka di kepala.

Kanak-kanak berkenaan termasuk seorang perempuan - kesemuanya berusia enam tahun - sedang mengikuti kelas mereka di Tadika Sinario di Lorong Haji Ali berhampiran Jalan Junid di sini apabila seorang lelaki mengamuk menyerbu masuk ke dalam kelas lalu mencederakan mereka.

Ketiga-tiga mereka telah dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Aminah pada jam 10.20 pagi.

Seorang lagi mangsa, Vincent Tey yang cedera parah di kepala.

Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar kini sedang mengadakan sidang akhbar.

Menurut pengusaha tadika itu, Voon Siew Kuin, 45, penyerang itu yang memakai topi keledar, telah melompat pagar sekolah berkenaan dan menendang pintu gril tadika sebelum bertindak menyerang kanak-kanak malang berkenaan.

Kata Siew Kuin, sebelum lelaki itu bertindak ganas, dia sempat menghalang lelaki itu dan bertanya apa yang dia hendak tetapi lelaki itu dengan pantas menyembur serbuk lada ke mukanya sebelum melakukan serangan ke atas kanak-kanak berkenaan.

Dia kemudiannya menghentak dua orang kanak-kanak lelaki dan perempuan di kepala mereka sebelum berlari keluar ke arah sebuah motosikal lalu memecut meninggalkan tadika berkenaan.

Alex Tan dengan berbalut kepalanya semasa dipindahkan ke wad.

Siew Kuin berkata, ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan mengalami pendarahan yang banyak dan berharap keadaan mereka stabil selepas dibawa ke hospital.

Pengusaha tadika itu juga berkata, ketika kejadian, terdapat lebih kurang 20 orang kanak-kanak di dalam tadika berkenaan. Sementara itu, kanak-kanak berkenaan, Vincent Tey, Alex Tan dan Nur Naddrah Nabilah Mohd Yusri telah menjalani rawatan kecemasan termasuklah imbasan di kepala untuk memastikan tidak ada sebarang kecederaan dalaman yang serius.

Bapa mangsa, Mohd Yusri Mukhlis ketika ditemui berkata, anaknya mengalami keretakan di tengkorak kepala dan gegaran tetapi bersyukur keadaannya stabil.

Pada mulanya kata Yusri, ada orang telah memaklumkan yang anaknya telah terbunuh dalam kejadian itu dan dia yang dalam keadaan panik telah menelefon isterinya, Farah Asyikin Abu Samah.

"Saya bukan sahaja terkejut tetapi sangat takut dan sedih apabila mendapat berita itu dan isterinya pula hampir pitam. Bagaimanapun sebaik sahaja tiba di hospital dan bertemu doktor saya dan isteri berasa lega dan bersyukur anak kami selamat," katanya lagi.bernama

No comments:

Post a Comment

TEMAN SINGGAH

YANG DATANG