Thursday, November 26, 2009

betoi ke ni rosmah....? cakap je kot

Ketika suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sibuk dengan jadual ketat semasa lawatan dua hari ke New York, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor pula mempunyai agenda tersendirinya.

Rosmah, yang begitu ghairah memperjuangkan nasib kanak-kanak kurang bernasib baik dan wanita, secara aktif terbabit dalam perjuangan ini dan membangkitkan isu-isu ini di persidangan antarabangsa.

Malah, beliau merupakan penceramah berprofil tinggi pada Forum Wanita Dalam Kepimpinan di Dubai pada 26 Oktober lalu.

Salah satu masalah yang dihadapi oleh Malaysia ialah kekurangan tenaga pengajar bagi golongan kanakkanak di bawah lima tahun. Bagaimanapun, wanita pertama negara itu cuba memperjelaskan situasi dalam perspektif yang sebenar.

"Walaupun terdapat guru di Malaysia, mereka biasanya memilih profesion mereka. Ramai yang memilih untuk mengajar kanak-kanak dewasa berbanding kanak-kanak kecil.

"Kami memerlukan guru yang menyayangi kanakkanak dan komited untuk mengajar golongan ini," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di Hotel Four Seasons di sini, tempat penginapan semasa lawatan singkat itu.

Rosmah berkata Malaysia menawarkan kursus bagi guru kanakkanak bagi melengkapkan mereka untuk menangani pengajaran perilaku kanakkanak kecil.

Ditanya kenapa beliau memperjuangkan nasib kanakkanak, katanya beliau tidak cuba memperjuangkan kebajikan kanak-kanak dari keluarga berada.

"Kanakkanak dari golongan seperti itu tidak memerlukan bantuan dan bimbingan dari luar. Ibu bapa mereka boleh menjaga mereka. Saya hanya bimbang dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

"Kita perlu membantu kanakkanak ini kerana mereka akan membentuk modal insan negara apabila dewasa nanti. Sekiranya mereka menerima pendidikan baik atau terlatih, mereka akan juga menyumbang kepada pembangunan negara," kata Rosmah.

Isteri Perdana Menteri itu juga cuba menyakinkan kerajaan Malaysia supaya membantu membina simpanan modal insan bagi masa depan negara.

"Saya cuba menyakinkan ahli politik kita bahawa meningkatkan nasib kanakkanak di bawah lima tahun adalah amat penting bagi pembangunan masyarakat.

Kajian pemerhatian menunjukkan penjagaan awal kanakkanak dan pendidikan boleh meningkatkan pembangunan watak kanak-kanak, katanya.

Menurutnya watak atau perilaku kanakkanak dibentuk dari zaman kanak-kanak hingga ke peringkat dewasa.

"Kita perlu memberi ruang untuk mereka menjadi kanakkanak. Dengan ini, maksud saya adalah penting untuk kanak-kanak sentiasa riang. Anda tidak boleh melaksanankan gaya hidup yang tegas dan menafikan mereka untuk meluangkan rasa seronok, bermain dan sebagainya," kata Rosmah.

Pegangannya adalah mudah iaitu apabila seorang kanak-kanak itu gembira, ia akan memancarkan kegembiraan kepada orang lain. "Kita sebagai orang dewasa perlu berinteraksi dengan kanakkanak dan meluangkan lebih banyak masa bersama mereka," katanya.

Satu lagi isu yang membangkitkan kegairahannya adalah golongan wanita. Pada forum di Dubai itu, beliau mencetuskan idea kepada pendengar wanita yang termasuk pemimpin wanita terkenal dari rantau Teluk termasuk Puteri Hava Al Hussein, isteri naib presiden dan Perdana Menteri Arab Emiriyah Bersatu (UAE).

"Kami di Malaysia boleh dianggap bertuah kerana kerajaan mengiktiraf peranan penting wanita dalam semua jenis aktiviti. Peluang sama rata merupakan kunci kemajuan wanita dalam mana-mana bidang. Wanita inginkan layanan adil dan saksama supaya mereka dapat mengekalkan kedudukan dalam masyarakat bersandarkan meritokrasi," kata Rosmah.

Namun, beliau memberi peringatan bahawa wanita tidak harus ambil mudah dan menjangka meningkatkan kehidupan masingmasing dengan hanya menyuarakan masalah mereka.

"Mereka perlu membuktikan keyakinan dan kepercayaan yang diletakkan terhadap mereka," katanya.

Ditanya tanggapan beliau sebagai wanita Malaysia mengenai wanita Barat, Rosmah berkata: "Sebagai wanita Islam, saya percaya dalam melaksanakan sesuatu secara lembut dan memujuk."

"Saya berpendapat anda boleh mencapai lebih banyak kejayaan tanpa bersikap benci atau bermusuhan. Kita tidak perlu agresif seperti lelaki. Anda boleh mendapatkan apa yang diidamkan sebagai wanita.

"Saya juga fikir televisyen dan media boleh memberi gambaran yang betul mengenai wanita bukan sebagai alat pemasaran tetapi layan dengan rasa hormat. Pendidikan adalah kunci kepada memperkasakan wanita," tegasnya.

Terdahulu itu, beliau telah mengadakan jamuan tengah hari bersama Puan Yoo Soon Taek, iaitu isteri Setiausaha Agong Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB), Banki Moon bagi bertukartukar pendapat bagi memperkasakan golongan wanita.

Jamuan itu diaturkan oleh Datin Amy Low, isteri wakil tetap Malaysia ke PBb, Datuk Hamidon Ali.

Amy juga merupakan presiden Forum Antarabangsa Wanita yang barubaru ini menghoskan ceramah oleh Susan Rica, duta Amerika Syarikat ke PBB.

Terdapat langkah untuk memberi Rosmah platform antarabangsa bagi menangani isuisu wanita tahun depan apabila beliau melawat Amerika Syarikat bersama suaminya untuk sidang kemuncak keselamatan nuklear April depan.

Pada jamuan malam semalam, beberapa tetamu Malaysia menyatakan pepatah berbunyi "di sebalik kejayaan setiap lelaki ada seorang wanita di belakangnya" bagi pasangan Najib dan Rosmah.

Namun Rosmah membalas ungkapan itu dengan "di samping dan bukan di belakang kejayaan seorang lelaki ada seorang isteri yang baik." BERNAMA

No comments:

Post a Comment

TEMAN SINGGAH

YANG DATANG