Tuesday, November 24, 2009

setan n iblis dimana-mana

Seorang remaja berusia 16 tahun yang tercicir dari persekolahan, dirogol berulang kali oleh majikannya di Sabak Bernam sejak beberapa bulan lalu hingga menyebabkan mangsa mengandung.

Sumber berkata, kejadian itu hanya disedari selepas mangsa mendedahkan perbuatan suspek berusia 48 tahun itu kepada ibunya baru-baru ini.

Sehubungan itu, mangsa dibawa membuat pemeriksaan di hospital dan laporan polis.

"Mangsa dikatakan kali pertama dirogol pada 26 Julai lalu, selepas kedai makanan majikannya ditutup pada malam hari berkenaan.

"Suspek dikatakan mengambil kesempatan ketika mangsa menukar pakaian dalam sebuah bilik stor di belakang premis itu dengan memberi mangsa minum kopi menyebabkan gadis itu tidak sedarkan diri.

"Sebaik sedar semula mangsa mendapati pakaiannya berada dalam keadaan tidak terurus serta kemaluannya mengalami kesakitan," katanya di sini, semalam.

Sumber itu berkata, suspek mengaku kepada mangsa dia merogolnya, namun mangsa takut mendedahkan perkara itu kepada pihak lain kerana diancam oleh suspek.

Katanya, suspek dikatakan mengambil kesempatan di atas ketakutan mangsa dengan terus merogolnya selepas itu.

Difahamkan, suspek yang berkahwin sudah ditahan dan disiasat kerana perbuatan itu.

No comments:

Post a Comment

TEMAN SINGGAH

YANG DATANG