Tuesday, January 12, 2010

deraan..apa nak jadi

Seorang pembantu rumah warga Indonesia menitiskan air mata serta meluahkan perasaan marah terhadap bekas majikannya ketika memberi keterangan terperinci di Mahkamah Sesyen di sini mengenai kejadian dia disimbah air panas manakala lehernya dikelar menggunakan pisau pemotong sayur.

Siti Hajar Sadli, 34, juga tidak dapat menahan sebak ketika memberitahu mahkamah mengenai seorang pemandu teksi yang membantu menghantarnya ke Kedutaan Indonesia di sini serta memberi wang tunai RM18 untuk membeli makanan tetapi dia tidak dapat mengambil nama ataupun nombor pendaftaran teksi tersebut kerana keadaannya yang terlalu lemah ketika itu.

Siti Hajar turut mengenal pasti lesung, tukul besi, pisau, parang, gunting, cawan, dan kerusi besi yang didakwa digunakan oleh ibu tunggal Hau Yuan Tyng, 43, yang menghadapi dua tuduhan mendatangkan kecederaan parah serta tuduhan mendatangkan kecederaan menggunakan gunting terhadapnya.

Mangsa turut mengenal pasti kerusi kayu yang patah, yang didakwa digunakan untuk menyerangnya.

Hau didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan tersebut di Lanai Kiara Condominium, Jalan Kiara 3, Mont Kiara pada bulan Februari dan Jun, 2009.

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis mengenai cara dia didera oleh Hau, Siti Hajar berkata lesung digunakan untuk menumbuk kaki serta kukunya manakala parang serta pisau kecil pula digunakan bagi mengelar lehernya.

Sambil menangis, Siti Hajar menunjukkan kesan kelar di bahagian leher serta kesan hentaman dengan tukul besi di bahagian hidung serta bahagian hadapan kepalanya.

"Hampir setiap hari Mem (Hau) meminta mengurut badannya dan paha saya dicucuknya dengan gunting sekiranya cara urut saya tidak cukup kuat," kata Siti Hajar.

Disoal Anselm mengenai jenis pakaian yang dipakainya ketika dicucuk dengan gunting, Siti Hajar berkata dia memakai seluar jeans.

"Jeans dapat mengurangkan kecederaaan dan majikan arahkan buang jeans tersebut apabila seluar itu mengalami banyak kesan koyakan," katanya.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment

TEMAN SINGGAH

YANG DATANG