Saturday, January 9, 2010

mahyuddin ke london

imbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan rasmi pertama beliau ke United Kingdom dari 9 hingga 14 Jan ini, kata Kementerian Pendidikan Malaysia dalam kenyataan di sini.

Lawatan itu merupakan susulan undangan Menteri Kanak-kanak, Sekolah dan Keluarga Ed Balls dan Menteri Perniagaan, Inovasi dan Skil United Kingdom Lord Peter Mandelson untuk menyertai dan menyampaikan ucaptama di Forum Teknologi dan Pembelajaran Dunia, yang akan diadakan di sini dari 11 hingga 13 Jan ini.

Kenyataan itu berkata Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran akan menyampaikan ucaptama di Forum Teknologi dan Pembelajaran Dunia itu dari 11 hingga 13 Jan di Queen Elizabeth II Conference Centre (QEIICC) di sini.

Selain Muhyiddin, forum berkenaan dijangka turut disertai kira-kira 50 Menteri Pendidikan dan warga pendidik dari 70 negara seluruh dunia, kata kenyataan itu.

Forum itu bermatlamat membantu pemimpin pendidikan dunia membincangkan dan mengkaji bagaimana teknologi yang mampu menambah baik kualiti serta akses kepada pendidikan.

Perbincangan dan pembentangan di forum itu akan berkisar kepada tema utama forum iaitu 'Re-imagining Education' yang merangkumi tiga tema kecil iaitu 'enabling regeneration and economic recovery' (membolehkan regenerasi dan pemulihan ekonomi); 'striving for excellence' (berusaha untuk kecemerlangan); dan 'preparing for the future' (persediaan untuk masa depan).

Semasa berada di United Kingdom, kenyataan itu berkata Muhyiddin akan mengambil peluang untuk meningkatkan kerjasama dua hala antara Malaysia dan United Kingdom dalam bidang pendidikan seperti mengkaji peluang pendidikan yang terdapat di United Kingdom bagi membolehkan guru dan pegawai pendidikan meningkatkan kelayakan, kemahiran dan pengalaman mereka melalui pemberian latihan di institusi pengajian tinggi yang sesuai di United Kingdom.

Muhyiddin juga akan meninjau usaha transformasi dan inovasi dalam pendidikan di institusi pendidikan United Kingdom, termasuk melawat sebuah sekolah, iaitu Sunbury Manor School di sini.

Sekolah itu merupakan sebuah sekolah menengah komuniti dan juga sekolah pakar yang mengaplikasikan persekitaran pembelajaran dengan menggunakan teknologi virtual.

Lawatan juga bertujuan menambah baik secara berterusan sistem pendidikan di Malaysia, termasuk memperkukuh aspek kepimpinan pendidikan serta penggunaan teknologi terkini bagi menambah baik kualiti pendidikan dan kemahiran, kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata Timbalan Perdana Menteri akan turut mengadakan perjumpaan dengan penuntut serta komuniti Malaysia di London serta memberi penjelasan dan berdialog dengan mereka mengenai perkembangan dan isu-isu semasa negara.

Selain itu, Muhyiddin akan mengadakan sesi pertemuan bersama pelabur berpotensi tinggi dari United Kingdom bersama Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (Mida).

Beliau juga akan melawat Pusat Pengajian Islam Oxford (OXCIS) dan berjumpa dengan penuntut Malaysia di University Oxford, melawat Auditorium Malaysia di OXCIS-Oxford Centre for Islamic Studies dan memberi ceramah bertajuk "islam dan isu-isu kritikal di Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang agama".

Lawatannya pada kali ini dijangka dapat membawa keuntungan kepada sektor pendidikan dan ekonomi negara.

Bukan sahaja kerjasama dua-hala dalam bidang pendidikan sedia ada di antara Malaysia dan United Kingdom dapat dimantapkan, malah bidang-bidang kerjasama baru dalam pendidikan dan ekonomi dapat diterokai dan dipertingkatkan, kata kenyataan itu.

Yang paling utama, menurut kenyataan itu, hubungan diplomatik yang erat antara kedua-dua negara akan bertambah kukuh dengan rangka lawatan Timbalan Perdana Menteri ke United Kingdom pada kali ini.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

TEMAN SINGGAH

YANG DATANG