Thursday, January 14, 2010

perogol bersiri ditahan

Setelah diburu lebih dua bulan, polis berjaya memberkas seorang lelaki disyaki perogol bersiri di Kampung Kuala Sawah, Negeri Sembilan bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Mohd Adnan Abdullah, berkata suspek itu yang berumur dalam lingkungan 20an dan berasal dari Durian Tunggal dekat sini, menjadi buruan kerana dipercayai melakukan jenayah itu di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

"Dia disyaki terbabit dalam tiga kes rogol, empat kes samun dan rogol, satu kes cubaan rogol serta satu kes samun dan cabul kehormatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Adnan berkata, suspek belum berkahwin dan melakukan pelbagai kerja kampung dan pernah bekerja di stesen pam minyak.

"Kita akan mendakwa suspek mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun atau tidak lebih dari 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

TEMAN SINGGAH

YANG DATANG